Tuesday 27 May 2014

PERAK RIVERVIEW RESORT KUALA KANGSAR PERAK


SELAMAT DATANG KE GALERI KAMI


riverview resort menggunakan strategi kualitas total – dalam perhidmatan dan layanan. Janji kami adalah pada lokasi kami, resort kami, mempunyai kawasan menyenangkan, menyegarkan, perhidmatan layanan yang terbaik dan keselamatan yang tinggi

.Strategi Assumptions:

• pelanggan akan menginginkan menginap di resort kami

.• antranya diadakan aktiviti yang baik dan sihat

.• kelengkapan yang cukup pada tetamu yang menginap di resort kami

.• resort kami juga berdekatan dengan pelbagai tempat bersejarah,view sungai dan jabatan,dan pembuat labu sayong

• kami disini juga menawar kan pelbagai kamudahan seperti menyewa dewan,event setting,kawasan kami juga amat diberi untuk melakukan upacara perkahwinan atau pelbagai lagi.




di sini juga kami akan menyediakan bilik penginapan yang selesa dan mempunyai padangan sungai perak.kepada tetamu kami juga akan kami sentiasa berhidmat dari masa ke semasa bagi keselesaan tetamu penginapan yang menginap di resort kami.ini adalah contoh atau bilik penginapan yang kami sediakan dengan harga yang berpatutan.nikmati keselesaan di bilik penginapan resort kami:-


antara bilik yang kami ada di resort kami adalah seperti berikut:-
disini juga kami utama kan keselesaan kepada tetamu kami.
AKTIVITI YANG AKAN DI LAKUKAN DI RIVERVIEW RESORT SEPERTI BERMAIN MINI FUTSAL, AKTIVITI PERKHEMAHAN,KEMPEN DAN SEBAGAI NYA ANTARA LAGI AKTIVITI KERAMAIAN DAN PERKAHWINAN

di samping itu, kami menyediakan kemudahan tempat menjamu selera yang telah kami sediakan di kawasan yang selesa.dengan itu,juga kami,menyediakan tempat berhawa dingin.di sini juga,sesuai untuk dijadikan tempat persendirian (privasi) metting bagi memudahkan pelanggan penginapan kami membuat mesyuarat penting.dan kami juga menyediakan contoh vip room kami.




Riverview resort juga menjadi 15 Tempat Menarik di Kuala Kangsar dan Sekitarnya


jom kita jalan-jalan di Malaysia pula. Tahun ini tahun Melawat       Malaysia, kan? Apa kata kalau kita turut sama menjayakan program nasional ini. Orang luar negara pun datang meneru-neru ke tempat kita. Mengapa kita tidak? :
di sini juga kami bersertakan dengan pelbagai menarik.antara seperti yang kami paparkan suasana baru kami.selamat menginap dan selmat bercuti.

 KAWASAN 15 TERBAIK DI MALAYSIA

di antaranya peta yang terdapat riverview resort menjadikan 15 tempat yang terbaik di malaysia dan mempunyai kawasan yang bersejerah dan yang terbaik.




LATAR BELAKANG RESORT KUALA KANGSAR

Riverview resort perak yang kini lebih dikenali sebagai Riverview Perak yang berkeluasan sekitar 5 ekar persegi dan mula dibina pada tahun 1998 melalui peruntukan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Landskap Negara serta Kerajaan Negeri Perak dengan jumlah kos sebanyak RM 4.15 juta.

   Pembinaan resort ini telah disiapkan pada akhir Mac 2000 dan mula beroperasi pada 1 April 2000 dimana Majlis Daerah Kuala Kangsar (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kuala Kangsar) telah diperakukan untuk menguruskan resort ini secara sepenuhnya. Tuan Haji Rahim Bin Saleh selaku Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Kangsar pada masa itu adalah antara pencetus idea bagi melaksanakan pembinaan resort tersebut.

   Lokasi resort ini yang terletak di tepian Sungai Perak yang bersebelahan dengan Jambatan Sultan Abdul Jalil yang megah berdiri adalah merupakan resort yang terbesar di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Panaroma menghadap Sungai Perak menjanjikan ketenangan dan kedamaian bagi para pengunjungnya. Deretan meja santai dihadapan resort ini memberi peluang kepada para pengunjungnya menghirup udara segar dan nyaman.

   Selain itu, pelbagai kemudahan lain disediakan antaranya kemudahan penginapan, cafe restoran, dewan seminar, taman permainan, trek jogging dan kemudahan rekreasi yang lain. Bagi mereka yang ingin menyusuri sepanjang Sungai Perak, resort ini juga menyediakan perkhidmatan bot persiaran dengan kadar tambang yang berpatutan.

Mulai tahun 2008, pengurusan Resort Sungai Perak telah diswastakan kepada Awan Bayu Sdn. Bhd untuk memastikan kualiti perkhidmatan akan terus berkekalan pada tahap optima. 

TERDAPAT 15 TEMPAT MENARIK YANG BERDEKATAN PERAK RIVERVIEW RESORT KUALA
KANGSAR PERAK:-

1. Masjid Ubudiah, Bukit Chandan



Masjid Ubudiah adalah antara masjid tercantik di Malaysia. Amat mudah melihat masjid ini kerana ia dibina di atas bukit dan di tepi jalan di Bukit Chandan. Ia telah dibina pada tahun 1910 oleh Sultan Perak dengan mengambil arkitek Inggeris. Ia bercirikan Morish. Bahan binaannya seperti marmar diimport dari Itali. Di dalamnya terdapat lampu chandelier yang cantik dan siling yang diukir dengan menarik.  Bersebelahan dengan masjid ini terdapat makam diraja.

2. Galeri Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan




Bagi yang minat melawat galeri anda boleh ke Galeri Sultan Azlan Shah yang letaknya di seberang jalan tidak berjauhan dengan Masjid Ubudiah. Di dalam galeri ini tersimpannya hadiah dan barangan milik Sultan Perak iaitu DYMM Sultan Azlan Shah yang juga pernah menjadi Yang Dipertuan Agong Malaysia dan Ketua Hakim Negara 

4. Istana Kenangan/Istana Kuning, Bukit Chandan




Bersebelahan dengan Istana Iskandariah (bahagian belakang) terdapat sebuah istana lama iaitu Istana Kenangan atau Istana Tepas/Lembah. Tetapi ia lebih dikenali oleh penduduk di sini sebagai Istana Kuning kerana warnanya yang kuning. Keseluruhan istana ini dicatkan dengan warna bendera Perak iaitu kuning, putih dan hitam. Istana ini adalah kediaman sementara Sultan Iskandar Shah (1918-1938). Ia kini dijadikan Muzium Diraja yang mempamerkan peralatan istana, pakaian dan perabut Diraja. 

Uniknya istana ini adalah ia dibina tanpa menggunakan paku. Ia dibuat daripada kayu dan anyaman bertam berbentuk kelarai. Awan laratnya diukir bermotifkan bunga dan alam semulajadi. Atap istana ini dibuat daripada kayu berlian yang kalis air. Pintu utama istana ini diakses melalui tangga yang dibina di bahagian bawah lantai. Ini adalah contoh senibina rumah Melayu yang dibuat oleh tukang kayu Melayu.

Memasuki istana ini tidak dikenakan bayaran, cuma ada kotak disediakan kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk pemeliharaan istana ini.

5. Menyusuri Sungai Perak



Pekan Kuala Kangsar terletak di pinggir Sungai Perak dan Sungai Kangsar. Sejarah nama Kuala Kangsar diambil dari pertemuan anak sungai iaitu Sungai Kangsar dengan sungai besar iaitu Sungai Perak. Kuala Kangsar bermaksud kuala sungai yang kurang satu daripada bilangan seratus, yang dikira dari Teluk Intan di hilir Sungai Perak. Ini bermakna Sungai Kangsar adalah kuala sungai yang ke-99 dari Teluk Intan.

Kuala Kurang Sa (Satu) = Kuala Kangsar.

Anda boleh menyusuri Sungai Perak dengan menaiki bot. Anda boleh menaiki bot sehinggalah ke hilir sungai, melihat kampung-kampung dan menikmati keindahan pulau-pulau kecil di sepanjang Sungai Perak seperti Pulau Semat, Pulau Bekor dan Pulau Cempaka Sari.  Kalau tidak silap saya Perak Riverside Resort ada menyediakan perkhidmatan menyusuri Sungai Perak ini.

Di Pulau Semat terdapat makam Diraja, iaitu Makam Sultan Tajul Ariffin yang dikatakan keramat. Menurut cerita orang, ketika air naik makam ini tidak ditenggelami air. Ketika hari pertabalan Sultan, hari perkahwinan diraja dan hari keputeraan Sultan Perak, raja yang diraikan itu melakukan upacara adat mandi bersiram dan menyusuri Sungai Perak serta melawat Makam Sultan Tajul Ariffin di Pualu Semat ini.

6. Membeli-belah di Pekan Kuala Kangsar



Membeli-belah sangat seronok dilakukan di Jalan Tebing pinggir Sungai Perak yang dikenali sebagai Lembah oleh penduduk tempatan. Anda boleh mendapatkan barangan hasil kerajinan tangan penduduk di sini. Antara yang terkenal ialah labu Sayong, bakul rotan, bubu buluh, golok, tikar mengkuang, bantal dan tilam kekabu, jahitan tekat, songkok, barangan tembaga dan cenderamata.
Kedai-kedai lama juga masih dikekalkan di pekan Kuala Kangsar dan banyak pilihan barangan boleh didapati di sini. Kini anda tidak perlu lagi ke Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar Thailand untuk mendapatkan barangan Siam. Di Kuala Kangsar terdapat banyak kedai yang menjual barangan tersebut dengan harga borong. Rombongan Kak Kiah pun selalu datang ke sini memborong pakaian, tudung, periuk belanga, selimut Toto dan permaidani.

7. Pokok Getah Tertua di Malaysia



OTHER FACILITIES
Details
Price (RM)
Banquet Hall 1 (Dewan Puteri)
RM 450 / for 10 hours
(Includes PA system, white board & white screen)
Banquet Hall 2 (Dewan Bayu)
RM 250 / for 10 hours
(Includes PA system, white board & white screen)
Karoake
RM 300
Sewa Basikal
RM 2 / per hour
Boat Ride
RM 10 / per pax (minimum 10 pax)
Or
RM 100 / per trip

 Perak Riverside Resort Room Rates ~ Valid Till 31st December 2012 
(Rates based on per room per night)
Room Type
Total No. of Rooms
Normal Rates
(RM / per nite)
Executive (Suite Room)
4
RM 260 nett
Deluxe
24
RM 175 nett
Superior
32
RM 135 nett
Dormitory
8 (accommodate 16 pax per dorm)
RM 240 nett
Extra Bed
-
RM 32.00 nett / per set
Extra Mattress
-
RM 22.00 nett / per set
Room Rates Include:
* Free meal voucher (except Dormitory) * Free Wifi (internet access) * Air Conditioned * Mini bar * Coffee/Tea making facility (except Dormitory)    * ASTRO ( Executive & Deluxe rooms only) * Individual ironing facility ( Executive & Deluxe rooms only) * Ironing corner in the living area at the Superior Block
Pelan Perak Riverview
Kami mempunyai sebuah dewan besar (dewan Putri) dan dewan kecil (Dewan Bayu)
harga dewan termasuk;
-P.A sistem
-A4 paper dan pensil (classroom)
-mineral water (classroom)
-gula-gula (classroom)
-white skrin dan white board)
DEWAN PUTRI
1. RM 500(1-5JAM)
2. RM 700(6-9 JAM)
3. RM 800 (10-16 jam)
-150 pax-180 pax (thearter style)
-90 pax-110 pax (classroom style)

DEWAN BAYU

1. RM 200 (1-5 JAM)

2. RM 350(6-9 JAM)
3. RM 600 (10-16 jam)
-50 pax-70 pax (thearter style)
-30 pax-40 pax (classroom style)


PAKEJ MAKAN DAN MINUM 

SARAPAN PAGI/MINUM PETANG
=DEWASA - RM 8 / RM 15 SEORANG
=KANAK KANAK - RM 5 / RM12 SEORANG 

MINUM PAGI DAN MINUM MALAM
=DEWASA -RM 5 SEORANG 
=KANAK KANAK RM 4 SEORANG

MAKAN TENGAHARI / MAKAN MALAM
=DEWASA RM 15 /RM20 SEORANG
=KANAK RM 12 /RM 15 SEORANG


PAKEJ SEMINAR / KERSUS / MESYUARAT 

1. BILIK PERSEORANGAN - RM 160 / HARI
2. BILIK KONGSI  BERDUA - RM 120 /HARI
3. DORMITORI 16 ORANG - RM 90 / HARI
                                            - RM 70 / HARI (SEKOLAH RENDAH)


PAKEJ SEMINAR /KURSUS/MESYUARAT 
-BILIK PENGINAPAN (SUPERIOR)
-DORM(PAKEJ PELAJAR)
-DEWAN MEJA,KERUSI,PAPAN TULIS,LAYAR PUTIH,A4,PAPER,PENSIL,GULA GULA DAN P.A SISTEM
-6 KALI MAKAN SEHARI (BERMULA DENGAN MINUM PETANG)

MENU PERAK RIVERVIEW
1. AYAM 

-GORENG KUNYIT
-GORENG BEREMPAH
-GORENG KFC (TEPUNG)
-GULAI LEMAK CILI API
-RENDANG 
-KURMA
-SUP 
-KARI
-MASAK MERAH
-MASAK KICAP
-MASAK MENTEGA cHIKEN BUTTER)


2. DAGING

-MASAK HITAM 
-MASAK KICAP
-BLACK PAPPER 
-MASAK KUNYIT
-MASAK SALAI
-RENDANG
-KARI

3. IKAN 

-KARI 
-GORENG
-MASAK LEMAK
-SWEET SOUR
-MASAK SAMBAL 
-MASAK KICAP


4. UDANG

-MASAK SAMBAL
-MASAK RENDANG 
-MASAK LEMAK
-MASAK MENTEGA
-GORENG KUNYIT
-GORENG TEPUNG


5. SOTONG

-GORENG KUNYIT
-GORENG TEPUNG
-MASAK SAMBAL
-MASAK KICAP
HOW TO GO THERE

PERAK RIVERVIEW KUALA KANGSAR PERAK
BANDAR DIRAJA KUALA KANGSAR
JALAN DAENG SELILI
33000 KUALA KANGSAR
TEL:05-7772020/ 2021
FAX: 05-7772029

SEMPENA MAJLIS SANTAPAN RAJA PERLIS TENGKU DYMM TENGKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL YANG DIADAKAN DI PERAK RIVERVIEW RESORT.

YANG MULIA KEDUTAAN NEGARA THAILAND

BANGUNAN UTAMA





Pelan Perak Riverview

Untuk memudahkan tetamu yang ingin menginap di Perak Riverview Kuala kangsar,jika anda berada di main point seperti Kuala Lumpur cukup mudah untuk anda menggunakan jalan darat.jika anda mempunyai kenderaan sendiri sama ada bersama rakan-rakan,keluarga dan sebagainya.Anda hanya perlu menggunakan lebuhraya Utara selatan iaitu memilih untuk mengikut jalan dan lorong menghala ke Ipoh.Setiba anda di Ipoh anda perlu menghala ke lebuhraya ke Alor setar lebih kurang 30km dari Ipoh ke Kuala Kangsar.Tiba di pekan anda hanya perlu mencari jalan menghala ke jambatan Sultan Abdul Jalil kerana resort kami hanya di sebelah jambatan tersebut.



Kami menjamin keselesaan anda selama anda menginap di resort kami dengan keselamatan yang menjadi faktor utama di resort kami.Selain itu kami mempunyai satu aset atau kelebihan iaitu mempunyai pandangan sungai Kangsar dan merupakan sambungan sungai Perak.pemandangan indah aliran sungai dan angin sepoi sepoi di waktu senja dan keadaan sejuk pada waktu malam dan kabus yang mendamaikan suasana di pagi hari yang segar untuk memberikan kesegaran udara pagi yang sesuai untuk menjalankan aktiviti seperti senaman,senam erobik,sukan dan yang bersesuai kerana kami mempunyai kawasan yang luas atau dataran dan padang yang segar.

Resort kami yang berhadapan dengan persisiran sayong 


Bilik deluxe (mengadap sungai)


Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah adalah salah satu daripada dua jambatan yang menyeberangi Sungai Perak di Kuala Kangsar.Jambatan yang menghubungkan pekan Kuala Kangsar dengan Kampung Sayong ini dibuka secara rasmi oleh DYMM Seri Paduka Sultan Azlan pada bulan Jun 2002.Jaraknya 330 meter, ia memudahkan perjalanan harian antara penduduk di Sayong dan kampung-kampung di sekitarnya yang mahu menjalankan aktiviti harian di Pekan Kuala Kangsar.Sebelum jambatan ini dibina, penduduk di seberang sungai menggunakan perkhidmatan bot penambang bagi menyeberangi Sungai Perak.Selain itu, bagi yang menggunakan kereta, mereka terpaksa menggunakan Jambatan Iskandariah yang lebih jauk perjalanannya jika hendak ke Pekan Kuala Kangsar.Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah dihiasi indah dengan corak ukiran bermotifkan tumbuh-tumbuhan. 
Permandangan jambatan ini diwaktu malam juga mengasyikkan dengan cahaya yang dapat dilihat dari Bukit Chandan, Kota Lama Kiri / Kanan serta kawasan sekitar.



 Pemandangan indah jambatan Sultan Abdul Jalil

Coffee House kami yang mempunyai 6 meja yang setiap satu meja mampu memberikan ruang seramai 8 orang pada setiap meja dan suasana yang mendamaikan dan mempunyai kemudahan seperti penghawa dingin,tempat membasuh tangan dan mempunyai 2 pintu masuk yang memudahkan untuk masuk dan keluar.suasana yang indah seperti kolaborasi warna bilik yang dapat dinikmati bersama ketika menjamu selera tidak kira waktu makan pagi,makan tengahari,minum petang dan makan malam.


Pandangan dari sudut atas banggunan utama Perak Riverview



Ruangan makan outsider yang boleh menerima lebih dari 30 orang dari satu masa ke satu masa untuk menikmati makan ala carte kami yang sedap dan berpatutan



Sudut ruangan Lobi resort


pandangan resort menghala jambatan Sultan Abdul Jalil



Kawasan lobi yang berhampiran dengan kaunter pendaftaran


Bangunan bilik deluxe

Ruangan belakang resort



 pandangan padang ke resort



Bilik suite kami indah dan yang istimewa

Bilik suite atau bilik yang beharga RM 260 pada satu malam yang mempunyai ciri ciri keselesaan yang dapat dinikmatik sekiranya anda memilih untuk menginap di bilik ini.Ciri ciri utama bilik ini adalah keadaan yang luas dan selesa,mempunyai penghawa dingin,televisyen dan rangkaian astro,mempunyai bilik air yang selesa seperti tab mandi yang boleh menjadikan suasana mandi yang berbeza dan mempunyai shower air sejuk dan panas.bilik yang mempunyai pintu kaca yang menghadap terus ke sungai.

CONTOH BILIK SUITE 1.1

1.2
CONTOH BILIK SUPERIOR

5 comments:

  1. Profile yang bagus dan dikemas kini dengan tepat.

    daripada:-
    kpl razlan bin othman
    pegawai penjara taiping
    perak

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tuan kpl razlan
      mungkin kita akan berjumpa lagi

      Delete
  2. kepada staff layanan yang terbaik
    kepada chef makanan yang enak
    bilik selesa...
    jika ada umur panjang kita jumpa lagi..
    riverview resort terbaik..

    ReplyDelete
  3. Casino Slot Machines - Airjordan2 Retro
    The game has air jordan 18 retro men shop some of the best sound where to order air jordan 18 retro of all time with an intense sense air jordan 18 retro red suede from me of scale that 실시간 스코어 makes it one of the best video game systems. All the 사설토토 나무 샤오미 players

    ReplyDelete